Kita semua tahu pengambilan sarapan di waktu pagi itu amat penting dalam rutin harian. Namun adakah kita tahu sebab apa ia penting? Jelita kongsikan 10 sebab kenapa anda harus makan sarapan pada waktu pagi.

Gambar: INGimage

Turunkan Berat Badan

50% individu yang tidak mengambil sarapan pada waktu pagi akan mengalami berat badan yang berlebihan.

Meningkatkan Prestasi Intelek

Pengambilan sarapan sebenarnya membantu meningkatkan tahap fokus, memori serta kebolehan mental yang lain.

Permulaan Berkhasiat Untuk Hari Anda

Ia telah terbukti secara saintifik jika anda mengambil sarapan pagi setiap hari anda akan mempunyai diet yang paling berkhasiat.

Mengaktifkan Semula Metabolisme Badan

Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi, anda harus mengambil sarapan yang berkhasiat untuk meningkatkan metabolisme badan anda dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Mengurangkan Keresahan

Jika anda mengambil sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi, anda tidak akan berasa lapar dan sekaligus mengelakkan anda makan secara berlebihan sewaktu tengahari.

Meningkatkan Prestasi Fizikal

Sarapan akan membekalkan sumber witamin dan nutrisi penting untuk tubuh anda. Akibatnya, badan anda akan sentiasa bertenaga untuk memulakan senaman dan membakar semua lemak dalam badan anda.

Mengurangkan Risiko Penyakit

Rutin diet yang sihat termasuk pengambilan sarapan pagi setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko hipoglisemia, hypotension dan juga diabetes.

Memperbaiki Mood

Ini adalah satu fakta. Walaupun ia mungkin kedengaran agak pelik namun pengambilan nutrisi pada waktu pagi dapat membantu membuatkan anda bahagia.

Meningkatkan Kesihatan Jantung

Pengambilan makanan yang berkhasiat akan membantu meningkatkan tahap kolestrol darah.

Memperbaiki Hubungan Dengan Keluarga

Makan sarapan bersama keluarga adalah cara terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda. Cuba nikmati saat bersama ketika bersarapan bersama keluarga anda.

 

 

=======
KHASIAT NUTRI EYE
=======
.
 menerangkan penglihatan mata
 menurunkan power mata rabun
 menghilangkan masalah silau
 mencantikkan mata
 menguatkan otot dan saraf mata
 menajamkan penglihatan mata
 mengurang rasa senak pada bebola mata
 menyihatkan minda, badan dan mata
 bancuh dan minum, pasti mata terang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top