Air mata berlebihan boleh disebabkan oleh dua mekanisma, penghasilan air mata berlebihan atau penyumbatan pada saliran air mata. Kadangkala kedua-dua mekanisma tersebut boleh berlaku serentak.
Air mata dihasilkan oleh pelbagai kelenjar yang terdapat pada bahagian mata. Pengaliran keluar air mata pula adalah melalui dua lubang kecil di sudut dalam kelopak mata. Apabila mata berkelip, air mata akan dialirkan ke dalam lubang tersebut dan seterusnya mengalir ke ruang/rongga hidung melalui saluran nasolakrimal. Mata akan berair sekiranya berlaku penyumbatan saluran nasolakrimal.
Penyumbatan Saluran Nasolakrimal
Penyumbatan pada sistem saliran ini selalunya tidak mendatangkan kesakitan tetapi ia menyebabkan pengumpulan airmata berlebihan dalam mata. Pengeluaran airmata yang berterusan memaksa pesakit mengesatnya sepanjang hari. Lelehan airmata yang berterusan dan perbuatan sering mengesat airmata boleh menyebabkan kulit di sekeliling mata melecet.
Gambarajah menunjukkan sistem saliran airmata
Rawatan yang dilakukan bertujuan untuk mencari punca penyumbatan. Penyemburan cecair pada sistem ini dengan menggunakan tiub boleh membantu menentukan lokasi bahagian yang tersumbat. Pembedahan bertujuan bagi menghasilkan saliran baru untuk pengaliran keluar air mata ke ruang hidung. Ini dapat melegakan keadaan pesakit.
Keadaan-keadaan lain yang boleh menyebabkan mata berair adalah seperti berikut.
1. Konjunktivitis
Jangkitan kuman pada mata menyebabkan mata berair, bertahi, merah dan bengkak pada kelopak mata.
2. Masalah pada kornea
Gangguan pada lapisan kornea seperti luka pada kornea, kedudukan bulu mata yang melentik ke dalam, dan bendasing pada kornea boleh menyebabkan mata berair dan rasa berpasir di dalam mata atau sakit.
Gambar menunjukkan kornea yang luka
3. Ektropion
Kedudukan kelopak mata yang melentik keluar menyebabkan kekeringan kornea dan kedudukan lubang saliran air mata yang tidak sempurna, lantas menyebabkan air mata bertakung dan tidak mengalir ke ruang / rongga hidung.
Gambar mata dengan ektropion kelopak mata
4. Entropion
Kedudukan kelopak mata yang melentik ke dalam menyebabkan bulu mata bergisir dengan bahagian kornea sewaktu bola mata bergerak. Ini menyebabkan iritasi yang boleh merangsang kesakitan lantas menyebabkan pengeluaran airmata yang banyak.
Gambar mata dengan entropion
5. Glaukoma Kongenital
Mata berair di kalangan bayi selalunya disebabkan oleh kelewatan pembukaan saluran nasolakrimal. Keadaan ini biasanya sembuh apabila kanak-kanak membesar. Walaubagaimanapun, mata berair di kalangan kanak-kanak mungkin merupakan tanda-tanda glaukoma kongenital yang memerlukan diagnosa rawatan awal oleh doktor mata. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kebutaan.
Gambar mata dalam kes glaukoma congenital (Mata akan kelihatan besar dan ketara beserta kornea yang legap).
MASALAH MATA BERAIR
Jangan pandang ringan.
Kerana akibat kelalaian anda akan mengundang padah.
TANDA2 MATA KERING
—————–
■Gatal mata
■Terasa ada benda asing dlm mata.
■Mata senang berair.
■Rasa sakit dan tak selesa.
■Mata sentiasa merah,senang bertahi
■kabur penglihatan.
■senitif pada cahaya
■senang terjadi luka kecil pada kornea.
■jangkitan kuman pada luka di kornea akan menyebabkan kudis pada kornea dan boleh membawa kepada KEBUTAAN ( terutama kpd pesakit diabetes )