Mata merupakan organ yang perlu dijaga dan diberi perhatian oleh setiap orang. Kesihatan mata yang baik dan penglihatan yang jelas memainkan peranan besar dalam usaha mengejar gaya hidup berkualiti. Masalah pada penglihatan seperti penyakit Katarak, Glaukoma dan Konjunktivitis akan memberi kesan yang nyata kepada pesakit dan secara tidak langsung akan mempengaruhi corak kehidupan pesakit berkenaan.

Oleh itu, pemeriksaan mata berkala bukan saja dapat membantu mengekalkan penglihatan yang baik, malah membolehkan pengesanan awal dan rawatan terhadap keadaan yang lebih serius seperti katarak dan glaukoma.
Menurut Suruhanjaya Mata Kebangsaan (NES) pada 2014, seramai 272,000 rakyat Malaysia mengalami masalah penglihatan disebabkan oleh katarak, manakala 216,000 yang lain mengalami kehilangan penglihatan kerana kelewatan menjalani rawatan mata.

Penyakit Glaukoma

Adalah penyakit saraf mata progresif. Ia boleh berkembang serius seiring usia dan menyebabkan buta kekal jika tidak dikawal. Lazimnya penyakit ini mempunyai kaitan dengan tekanan bola mata yang tinggi. Glaukoma perlu dirawat dengan ubat titis mata, rawatan laser atau pembedahan untuk membantu memanjangkan tempoh penglihatan pesakit.

Penyakit Katarak

Ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Ia adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan dan perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV.

Penyakit Konjunktivitis

Adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan dan jangkitan bakteria. Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top