Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik merupakan laluan yang membawa imej yang dilihat ke otak. Sekiranya tidak dirawat, ianya  boleh merosakkan saraf optik secara perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kebutaan yang kekal.

Di seluruh dunia, didapati bahawa glaukoma merupakan penyebab kebutaan kedua tertinggi. Dianggarkan terdapat 4.5 juta pesakit menjadi buta disebabkan oleh penyakit glaukoma. Jumlah ini akan meningkat kepada 11.2 juta pada tahun 2020.

Faktor Risiko

Glaukoma boleh menyerang sesiapa sahaja. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan peningkatan risiko  untuk mengidap glaukoma. Ini termasuk:

  • Faktor usia: semakin meningkat usia, risiko menghidapi glaukoma meningkat.
  • Bangsa: Keturunan African dan Cina
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma
  • Tekanan bola mata yang melebihi tahap normal iaitu melebihi 22 mmHg (Hipertensi ocular )
  • Rabun jauh (miopia)
  • Menghidapi Hipertensi / Darah Tinggi
  • Menghidapi Diabetes Mellitus / Kencing Manis
  • Menghidapi ‘Migraine’
  • Menggunakan ubat mengandungi steroid secara berterusan (samada topikal mahupun  sistemik)

Jenis-jenis Glaukoma

Terdapat 2 jenis glukoma iaitu:

  1. Glaukoma Sudut Tertutup
  2. Glaukoma Sudut Terbuka

Gejala-gejala Glaukoma

Gejala berbeza mengikut jenis glaukoma.

A. Glaukoma Sudut Tertutup

  1. Sakit pada bola mata
  2. Kabur penglihatan mata yang yang mengalami glaukoma
  3. Mata menjadi merah
  4. Sakit kepala
  5. Mual dan muntah
  6. Tekanan bola mata yang meningkat

Peningkatan tekanan bola mata terjadi akibat daripada system pengaliran cecair dalam mata tersumbat. Kebanyakan pesakit yang mengidapi glukoma jenis ini mempunyai struktur dalaman mata yang berbeza dari struktur normal. Doktor mata boleh mengesan struktur yang tidak normal dengan melakukan pemeriksaan mata sebelum berlaku serangan glukoma akut agar rawatan pencegahan dapat dilakukan.

Mata yang mengalami glaukoma sudut tertutup akut

B. Glaukoma Sudut Terbuka

Glaukoma jenis sudut terbuka mengalami gejala kehilangan penglihatan secara perlahan dan tidak sakit yang mungkin tidak disedari oleh pesakit. Oleh itu saringan bagi mengesan glaukoma adalah penting terutama bagi seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma.

  1. Selalunya tiada tanda-tanda sehingga glaukoma di tahap yang serius.
  2. Kehilangan penglihatan yang perlahan dan berterusan
  3. Pengecutan medan penglihatan
  4. Peningkatan tekanan bola mata
  5. Peningkatan nisbah ‘cup disc’ (menunjukkan kerosakan pada saraf optik)

Ujian Yang Penting Bagi Kes Glaukoma

  1. Ujian penglihatan
  2. Menyukat tahap tekanan bola mata
  3. Ujian medan penglihatan
  4. Penilaian saraf optik dengan melakukan pemeriksaan funduskopi (pemeriksaan dalam bola mata)

Apa Itu Medan Penglihatan

Medan penglihatan adalah merupakan kawasan yang dapat dilihat oleh mata. Ia boleh di kesan dengan menggunakan alat tertentu dan graf yang diperolehi digunakan untuk diagnosa dan memantau tahap glaukoma. Kekerapan ujian bergantung kepada tahap glaukoma dan kadar kerosakan saraf.

Alat untuk menguji medan penglihatan Carta menunjukkan kerosakan medan penglihatan

Apa Itu Tekanan Mata

Ia merupakan tekanan dalam bola mata bagi mengekalkan bentuk bola mata. Tahap tekanan normal adalah antara 10-20 mmHg. Tekanan mata diukur dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai ‘ tonometer’. Tekanan mata diukur pada setiap sesi pemeriksaan pesakit bagi memantau tahap kawalan glukoma. Tekanan bola mata juga boleh diukur dengan menggunakan peralatan tanpa sentuh seperti ‘air puff’ tonometer dan ianya juga dapat memberi bacaan yang tepat.

Pengukuran tekanan mata Contoh tonometer (alat menyukat tekanan mata)

Penilaian Saraf Optik

Pada setiap lawatan pesakit, doktor mata akan menilai keadaan saraf optik dengan melakukan pemeriksaan dalam bola mata. Ini bertujuan untuk memantau tahap kerosakan saraf optik disebabkan penyakit glaukoma.

Saraf optik normal Saraf optik pesakit glaukoma

Komplikasi

Tanpa rawatan yang berkesan, glaukoma menyebabkan kerosakan yang kekal pada saraf optik. Medan penglihatan pesakit akan mengecil sehingga ketahap seperti melihat melalui teropong atau sehingga buta kekal.

Rawatan

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengekalkan penglihatan. Terdapat beberapa bentuk rawatan termasuk penggunaan ubatan, rawatan laser dan akhir sekali rawatan pembedahan. Rawatan membantu menurunkan tahap tekanan mata samada menggalakan pengaliran cecair keluar dari bola mata atau mengurangkan pembentukan cecair oleh tisu mata.

1. Ubat-ubatan

i) Ubat titis mata

ii) Pil

iii) Suntikan

2. Rawatan laser

Rawatan laser boleh dilakukan bagi glaukoma jenis sudut tertutup dan juga sudut terbuka. Bagi glaukoma sudut tertutup, laser sering dilakukan menghindarkan berlakunya serangan akut dengan melakukan lubang pada iris bagi menggalakan pengaliran cecair dalam bola mata. Bagi kes glaukoma sudut terbuka, laser dilakukan apabila ubatan tidak dapat mengawal tekanan mata.

3. Rawatan pembedahan

Pembedahan melibatkan penghasilan laluan alternatif untuk cecair keluar dari dalam bola mata. Ia sering dilakukan apabila rawatan dengan ubatan dan rawatan laser tidak lagi berkesan untuk mengawal tekanan mata pada tahap yang diperlukan.

Pencegahan

Dengan rawatan yang berkesan,glaukoma boleh dikawal. Memandangkan kebanyakan pesakit glaukoma tidak merasai gejala glaukoma terutama jenis sudut terbuka, pemeriksaan mata untuk mengesan penyakit glaukoma, termasuk melakukan ujian seperti di atas adalah penting. Kaedah saringan merupakan langkah pencegahan yang berkesan bagi mengelakkan buta akibat penyakit glukoma

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top