Ibu hamil disarankan untuk menjaga pemakanan sejak dari awal kehamilan kerana setiap makanan yang diambil bukan saja akan memberi kesan kepada si ibu malah turut memberi kesan kepada anak dalam kandungan.

Bagi Mohd Farhan Zakaria, terdapat 5 makanan yang diwajibkan kepada isterinya semasa hamil. Kelima-lima makanan ini membantu memberi khasiat dan manfaat yang diperlukan si ibu dan juga anak dalam kandungan.

Kesannya, anak akan kelihatan cerdik dan mudah belajar, manakala si ibu akan lebih bertenaga tidak seperti orang mengandung. Tips yang diambil daripada pengalaman kakak iparnya itu dikongsikan kepada orang ramai.

Sepanjang isteri saya mengandung, saya dah tetapkan makanan tambahan yang wajib dia habiskan dalam masa 1 minggu.

Biasanya saya akan beli makanan ni pada setiap hari Jumaat. Tak susah sebenarnya nak cari makanan ni. Boleh cari di masjid atau di supermarket.

Setiap minggu saya akan habiskan sekitar RM30 ke 40 untuk beli kesemua makanan ni.

Saya selalu cakap pada wife, “Sayang kena habiskan semua ni dalam masa 1 minggu, kesian baby kalau tak habis kan”.

Tips dan teknik ni saya dapat dari abang dan kakak ipar saya. Kesannya adalah saya tengok pada anak-anak dan kakak ipar. Anak-anak nampak cerdik dan mudah belajar. Kakak ipar pula nampak macam bukan orang mengandung. Steady je. Haha.

Jadi apa salahnya saya kongsikan antara 5 makanan yang saya beli dan khasiatnya sekali.

1. Kurma

Kurma mengandungi glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian.

2. Kismis

Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby.

3. Buah Tin

Untuk menghilangkan “Morning Sickness” pada si ibu, buah tin ini sangat membantu. Buah tin ini mengandungi vitamin B6 yang sangat tinggi.

4. Kacang Cerdik

Apa yang saya tahu, kacang cerdik ni sangat penting untuk awal kehamilan. Kacang cerdik ini dapat membantu pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas. Siapa yang tak nak anak yang bijak kan? hehe.

5. Buat Aprikot

Aprikot adalah buah yang sedap dan mengandungi vitamin A, C, E, Kalsium, Zat Besi dan Kalium. Aprikot adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, iaitu zat yang sangat penting untuk mencegah anemia. Tapi jangan terlalu banyak. Cukup 2 ke 4 biji sehari dan seminggu 3 kali sahaja.

Tapi, boleh juga kalau nak tambah makanan lain seperti susu kambing, buah delima, madu lebah dan safron. Tapi, susu kambing tak sesuai sangat kalau minum awal kehamilan. Sebab susu kambing ni panas. Orang tua cakap boleh penyebab kepada keguguran.

Elakkan 3 Minuman Ini

Pastikan wife anda elak dari minum air tebu, air kelapa dan air berkarbonat. Masa first wife saya pregnant, saya ada beli KFC sekali air mirinda strawberi. Malam ni minum esok jalan terus (gugur).

Tapi, kalau air kelapa ni untuk awal kehamilan setengah orang ok je minum. Ada yang yang boleh minum ada yang tak boleh minum. Saya ada tiga orang kakak ipar. Yang sulong minum air kelapa hari-hari ok je. Kakak ipar no 3 minum hari ni, esok tu clear jugak. Jalan terus (gugur).

Jadi, setakat ni jelah pengalaman yang saya dapat kongsi. Saja kongsi sebab ada kawan-kawan saya, wife diorang ada yang baru mengandung tanya makanan apa yang sesuai dan apa yang perlu dielakkan. So saya cadangkan 5 makanan ini . Ini adalah perkongsian pengalaman wife saya dan kakak-kakak ipar saya.

Kan lagi best dan bagus. Kita gantikan snack dengan 5 makanan ni.

Selamat mencuba.

NUTRI EYES

Merupakan produk keluaran ainun beauty yang menfokuskan kepada kecergasan minda dan penglihatan.

Nutri eyes adalah gabungan daripada bahan-bahan seperti:

– Susu kambing.
– Kurma.
– Kismis.
– Koko.
– Hazelnut.
– Badam.

Waktu pengambilan nutri eyes adalah semasa sarapan. Ia bukan saya disyorkan kepada pelajar. Malahan mereka yang berkerja juga patut minum nutri eyes ini.

No photo description available.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top