Penyakit kencing manis (diabetes) adalah masalah kesihatan berkaitan paras gula (glukosa) tinggi dalam darah. Ia adalah penyakit yang berkaitan dengan kegagalan fungsi hormon insulin yang dihasilkan pankreas.

Insulin berfungsi mengawal keseimbangan glukosa dalam badan dengan membantu pergerakan glukosa daripada darah ke dalam sel. Namun, bagi pesakit kencing manis, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah.

Kandungan glukosa yang tinggi secara konsisten dalam darah akan merosakkan sistem saraf, terutama di bahagian kaki dan tangan. Kerosakan sistem saraf ini akan menyebabkan pesakit kehilangan upaya untuk mengesan sentuhan, kesakitan, perubahan suhu dan perubahan pada sendi kaki sama ada pada sebelah kaki sahaja atau kedua-dua belah.

Itulah sebabnya pesakit kencing manis tidak menyedari jika kaki mereka mengalami luka. Lebih malang lagi, penyakit kencing manis turut mengakibatkan peredaran darah menjadi lemah dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Cara Elak Luka

Perkara yang perlu dielakkan bagi seorang pesakit diabetes ialah luka. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ Berikut adalah lima cara yang dapat anda lakukan untuk mengelakkan diri anda daripada mendapat luka, lebih-lebih lagi di bahagian kaki:

1. Pemeriksaan Yang Kerap

Periksa tubuh anda terutamanya di setiap celah jari kaki dan tapak kaki supaya anda sedar jika ada luka kecil. Gunakan cermin untuk melihat pada bahagian yang sukar dilihat.

2. Pastikan Kulit Bersih Setiap Hari

Mandi secara cermat dan sekata agar keseluruhan badan menjadi bersih terutama di bahagian celahan anggota.

3. Sapu Losyen

Pastikan kulit anda tidak kering dan sapu losyen untuk kekalkan kelembapan kulit. Namun, jangan biarkan kulit anda basah, terutama di bahagian kaki. Kaki yang basah, terutama di celah jari, akan berisiko terkena jangkitan kulat (fungus).

4. Kasut yang Bersih dan Selesa

Pakai kasut yang bersih dan selesa untuk kaki anda. Pemilihan kasut yang bersesuaian juga sangat penting untuk elakkan luka. Antara ciri kasut yang sesuai bagi pesakit kencing manis ialah bertutup, tapak rata atau sedikit tumit, tapak dalam kasut lembut, kasut yang diperbuat daripada getah dan sentiasa berstokin atau kasut yang menyerap peluh. Dan, sangat penting untuk pastikan tidak ada jahitan atau lipatan tajam yang boleh menyebabkan kaki anda luka.

5. Kuku Sentiasa Pendek

Pastikan kuku anda sentiasa dipotong pendek dan bersih. Potong kuku dengan cermat agar tidak tertinggal serpihan kuku di celah kulit yang boleh mengakibatkan cekam. Ini kerana, cekam boleh menyebabkan jangkitan.

Penjagaan Luka

Luka pesakit diabetes perlu dijaga serapi mungkin untuk mengelakkan jangkitan kuman. Tiga langkah penjagaan luka yang boleh diamalkan ialah:

1. Keluarkan Tisu Mati

Masalah berkaitan sel mati (nekrosis) dan tisu berlebihan sering terjadi pada luka pesakit diabetes. Justeru, tisu mati pada luka pesakit perlu dikeluarkan dan dibersihkan secara cermat.
Ini kerana tisu mati boleh menggalakkan bakteria dan toksin yang mengakibatkan jangkitan. Ia juga akan menyukarkan anda untuk memeriksa keadaan tisu di lapisan bawah.

2. Pakaian Bersih

Pesakit diabetes juga perlu kerap menukar pakaian. Ini dapat membantu mengurangkan bakteria, sekali gus mengekalkan tahap kelembapan yang sesuai untuk luka berkenaan.

3. Elakkan Tekanan Pada Luka

Tekanan akan menyebabkan kerosakan pada kulit dan akhirnya akan menyebabkan luka semakin dalam. Justeru, posisi pesakit perlu sentiasa dialih agar tempat luka tidak menerima tekanan secara berterusan.

Cara Merawat Luka

Luka pesakit kencing manis akan mengambil masa lebih panjang untuk sembuh berbanding individu normal. Oleh itu, amat penting untuk anda merawat luka berkenaan agar segera sembuh bagi mengelakkan kemudaratan. Empat cara untuk merawat luka pesakit diabetes ialah:

1. Diet Seimbang

Pesakit kencing manis perlu mengamalkan pemakanan yang sihatNutrisi yang baik membantu mengawal paras gula dalam darah. Vitamin C dan protein dari pemakanan juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

2. Bersenam

3. Berhenti Merokok

Jika anda seorang perokok, sila hentikan amalan buruk ini! Tanpa rokok, peredaran darah akan menjadi semakin lancar, sekali gus dapat meningkatkan tahap kesihatan anda.

4. Amalkan Madu

Ada dapatan kajian menunjukkan madu sangat berkesan sebagai ejen penyembuhan bagi ulser pesakit diabetes. Pengambilan madu asli secara berkala dapat membantu pesakit kencing manis mengurangkan penggunaan gula. Gantikan gula dengan 1/2 sudu kecil madu asli dalam minuman harian seperti teh-0.

Luka bagi seorang pesakit kencing manis adalah perkara serius yang tidak boleh diambil ringan. Jika luka, jangan cuba merawatnya sendiri di rumah. Sila ke klinik berdekatan untuk rawatan. Walaupun luka kecil, ia boleh menjadi ulser yang serius dan mungkin membawa mudarat kepada keseluruhan kaki anda.

JUS PREMIUM

Khasiatnya adalah :

1. Menambah tenaga.
2. Menyihatkan tubuh badan.
3. Kurangkan gula dalam darah.
4. Kurangkan kolestrol.
5. Melegakan resdung.
6. Melangsingkan badan.
7. Mengurangkan masalh sakit puan.
8. Melancarkan darah.

Yang paling best sekali, jus ini juga baik untuk mata. Ia dihasilkan daripada 14 bahan semulajadi yang berkhasiat tinggi

No automatic alt text available.
Image may contain: text


Image may contain: 1 person


Image may contain: phone

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top