Saiznya kecil namun, khasiatnya kepada kesihatan amat besar. Dalam tidak sedar kekacang mengendungi pelbagai zat yang baik untuk tubuh dan elok jika dimakan selalu bagi menghalang diri daripada menghidap pelbagai penyakit.

ISS_6429_01615 e

Kacang tanah

Kaya dengan lemak, mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks serta fosforus. Selain mempunyai khasiat vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protein dalam kacang tanah jauh lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit. Makan satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing manis dapat membantu mengatasi masalah kekurangan zat.Kajian-kajian menunjukkan kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah, berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia.

02H16197 e

Kacang soya

Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan. Kandungan peptida soya bertindak seperti ubat tetapi tidak mempunyai kesan sampingan. Soya juga baik untuk mengatasi masalah simptom putus haid. Selain menguatkan tulang bagi mencegah osteoporosis dengan mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang.mLesitin soya dipercayai mampu mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel, meningkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mencegah pigmentasi kulit. Kandungan asid amino, asid lemak omega 3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi wanita untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan. Gula kompleks dan oligosaccaride dalam kacang soya mengubati sembelit dan berfungsi sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar.

Kacang hijau

Amat bermanfaat kepada tubuh kerana mengandungi zat vitamin, mineral, kaya dengan protein, tinggi serat dan rendah lemak tepu, rendah sodium dan tidak mengandungi kolesterol. Kacang ini mempunyai pelbagai kebaikan seperti meningkatkan sistem imunisasi dan metabolisma, mengurangkan  lemak hati, membantu mengawal hormon, boleh melegakan ‘ hot flashes’ (simptom menopaus bagi sesetengah wanita), mengawal tahap gula dalam darah serta mengawal berat badan Kacang hijau juga dikatakan boleh mengawal tekanan darah kerana mengandungi zat kalium (potasium). Rebusan air kacang hijau membantu menyejukkan badan,  mengeluarkan toksin,  baik untuk kulit, ulser dan ruam.

ISS_12692_03082 e

Kacang Pistachio

Kacang ini mempunyai khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol bagi membantu menurunkan risiko penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. Penyelidik di Pennsylvania State University mendapati kacang ini membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal. Bukan itu sahaja, kacang ini juga kaya dengan antioksidan bagi melindungi sel daripada kerosakan bahan kimi merbahaya. Kandungan potassium di dalamnya membantu meningkatkan kecerdasan minda.

ISS_11071_01643 e

Kacang kuda

Kacang ini antara sumber terbaik zink, folat dan protein. Selain kaya dengan serat untuk mengawal pemakanan dan menyalurkan karbohidrat bagi mereka yang mempunyai masalah insulin atau diabetes. Kacang kuda juga rendah lemak dan suber sumber terbaik kalsium. Kandungan kalsium dalam kacang kuda sama banyak dengan dadih yang hampir menyamai susu. 100gm kacang kuda rebus mengandungi 164 kalori, 2.6gm lemak (hanya 0.27gm lemak tepu), 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein. Kacang ini mempunyai  kandungan lemak tepu yang amat rendah, tiada kolesterol dan gula. Malah tinggi kandungan vitamin B6.

Image may contain: text
















Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top