Oftalmologi pediatrik ialah satu bidang oftalmologi berkaitan dengan penyakit mata, perkembangan penglihatan dan penjagaan penglihatan kanak-kanak. Penyakit mata memberi kesan yang agak berlainan kepada kanak-kanak berbanding penyakit mata orang dewasa. Mujurlah kebanyakannya boleh dirawat jika dikesan awal.

Hakikatnya, lebih daripada 80% maklumat yang diterima oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan. Justeru, pengesanan awal dan rawatan adalah amat penting dalam menggalakkan perkembangan penglihatan yang normal dan dalam mencegah kehilangan penglihatan yang ketara.

Saya akan membincangkan beberapa penyakit mata lazim yang saya temui sepanjang pengalaman saya bertahun-tahun dalam amalan klinikal.

‘Mata malas’ atau ambliopia ialah kemerosotan penglihatan pada mata yang tidak diguna secukupnya atau tidak menerima rangsangan penglihatan semasa awal zaman kanak-kanak. Lazimnya, ia akibat ‘juling’ atau perbezaan dari segi kualiti imej di antara kedua-dua mata disebabkan oleh salah bias seperti yang disebutkan sebelum ini. Dalam kedua-dua keadaan, sebelah mata menjadi dominan, menyekat imej mata yang sebelah lagi. Jika keadaan ini berterusan, mata yang lemah akhirnya tidak boleh dipakai.

Sebelum merawat ambliopia, kita perlu merawat masalah asasnya dahulu. Lazimnya, cermin mata diberi untuk memperbaiki daya fokus mata dan pembedahan otot mata dilakukan untuk meluruskan mata. Kemudian, rawatan ambliopia dijalankan dengan menampal sebelah mata untuk beberapa minggu sehingga beberapa tahun. Tujuannya ialah untuk memaksa ‘mata malas’ itu bekerja dan dengan itu menguatkan penglihatannya. Cara lain ialah dengan menggunakan titisan mata topikal untuk mengaburkan ‘mata baik’ dan memaksa mata yang ‘malas’ untuk bekerja, tetapi pendekatan ini kurang berjaya. Mata yang mengalami ambliopia mungkin tidak akan mendapat penglihatan yang baik dan juga menjadi buta secara fungsi jika tidak mendapat rawatan awal.

Satu lagi masalah lazim yang ditemui ialah salah jajaran mata atau lebih dikenali sebagai ‘juling’ (strabismus), di mana mata kelihatan bersilang (Gambarajah 1). Penyilangan mata mungkin sentiasa berlaku atau sekali-sekala sahaja. Isyarat dari mata yang bersilang ”dipadam” oleh otak untuk mengelakkan penglihatan berganda dan kemudian, akan menyebabkan ‘mata malas’ (ambliopia) dan atau kehilangan penglihatan tiga dimensi atau stereo. Rawatan bergantung kepada keterukan dan jenis juling dan merangkumi penggunaan cermin mata, menampal mata dan juga pembedahan pembetulan mata /strabismus. Adalah tidak tepat untuk menganggap bahawa seorang kanak-kanak akan pulih dari strabismus dengan sendirinya dan rawatan awal adalah amat penting.

Gambarajah 1: Gambar di atas menunjukkan seorang kanak-kanak dengan mata kanan yang juling (strabismus).

Biasan mata yang tidak normal seperti miopia – rabun jauh dan hiperopia – rabun dekat, adalah masalah lazim sejak kebelakangan ini dan boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dari usia yang sangat muda. Salah bias menyebabkan cahaya tidak ditumpukan dengan betul ke retina, menyebabkan imej menjadi kabur. Kesannya, seorang kanak-kanak mungkin mengadu kerap sakit kepala, keletihan mata dan kesukaran melihat jarak jauh atau dekat. Kelewatan mengesan dan membetulkan salah bias akhirnya akan menyebabkan mata malas. Kesemua ini boleh dielakkan hanya dengan menggunakan cermin mata pembetulan.

Kanak-kanak mungkin mengalami “mata kucing” putih (leukokoria) yang kelihatan lebih ketara di dalam fotograf (Gambarajah 2). Di antara punca lazim dalam kalangan kanak-kanak ialah katarak. Katarak ialah kanta mata yang legap. Ia boleh terjadi semasa hamil atau pada awal zaman kanak-kanak dan boleh menjejaskan sebelah atau dua-dua belah mata. Tanda-tanda lain yang perlu diperhatikan dalam kanak-kanak yang menghidap katarak termasuk pergerakan mata yang cepat dan tidak normal, mata yang tidak selari, atau seorang kanak-kanak yang hanya tidak dapat melihat, terutama jika kedua-dua matanya terjejas. Perbezaan utama dalam mengendalikan seorang kanak-kanak yang menghidap katarak berbanding orang dewasa ialah pentingnya kanak-kanak dirujuk awal agar pembedahan rawatan boleh dijalankan tanpa sebarang kelewatan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan kekal disebabkan ‘mata malas’. Lebih awal pembedahan dilakukan, lebih baik kesannya pada penglihatan.

Leukokoria juga adalah satu tanda yang membimbangkan bagi masalah patologi okular lain yang lebih serius iaitu retinoblastoma. Adalah sangat penting untuk memeriksa semua kanak-kanak yang menghidap leukokoria kerana sifat retinoblastoma yang berpotensi mengancam nyawa iaitu kanser mata paling lazim dalam kalangan kanak-kanak.

Gambarajah 2: Gambar di atas menunjukkan seorang kanak-kanak yang menghidap leukokoria kiri (“mata kucing” putih).

Selalunya, masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak adalah tidak ketara dan cara terbaik untuk mengesan awal adalah dengan melakukan saringan rutin komprehensif berjadual dengan seorang pakar oftamologi. Namun demikian, ibu bapa serta guru harus mengetahui tanda-tanda penglihatan kanak-kanak yang terjejas seperti duduk dekat dengan televisyen, mengecilkan mata atau mendongakkan kepala, kerap menggosok mata, air mata berlebihan atau silau dan mendapat markah lebih rendah dari biasa. Adalah dinasihati agar semua kanak-kanak mendapat saringan mata pada umur enam bulan, diikuti dengan pemeriksaan mata kedua pada umur tiga tahun dan sekali lagi sebelum masuk ke sekolah. Sebaliknya, kanak-kanak yang mempunyai risiko seperti sejarah kelahiran pra matang atau berat lahir rendah harus mendapat pemeriksaan mata lebih awal dari enam bulan diikuti dengan pemeriksaan mata yang lebih kerap sepanjang zaman kanak-kanak.

Akhir sekali, saya ingin menekan dan mengingatkan bahawa kebanyakan penyakit mata dalam kalangan kanak-kanak boleh dicegah atau dirawat jika dikesan awal.

APA ITU EYE BEAUTY PREMIUM•••••
EYE BEAUTY PREMIUM adalah produk titis pd mata utk membantu mereka yg mghadapi masalah mata sama ada biasa atau kronik.
.
UNTUK MASALAH APA NI?
•••••
Khas utk mata
✅ rabun jauh/rabun dekat
✅ silau malam/ silau cahaya
✅ rabun disbbkn kencing manis
✅ masalah glukoma
✅ katarak
✅ selaput mata / ptygium
✅ mata berair / mata kering
✅ mata merah dan kekuningan
✅ masalah saraf mata
✅ mata keletihan / tekanan pd mata
✅ sakit mata, bengkak, ketimbir, resdung mata
✅ setiap hari menghadap komputer atau hp
✅ double vision
✅ dan lain-lain masalah mata
APAKAH BAHAN-BAHANNYA?
•••••
Bahan-bahannya adalah 100% semulajadi iaitu gabungan formulasi air molekul halus teknologi nano alkaline treatment serta ekstrak dr bahan2 semulajadi. Bahan yg digunakan adalah dr sumber yg suci, bersih, halal tiada bahan beracun jika tertelan dan ia tidak mabuk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top