“Aduh, lupa pulak nak ambik apa dalam bilik ni tadi… Apa kena dengan aku sejak mengandung ni. Minggu lepas dahlah tak jumpa kereta dekat tempat parking, 2-3 hari ni pun pelupa semacam je.”

Pernah tak ibu-ibu rasa cuai semacam masa mengandung? Cepat sangat lupa apa yang difikirkan tadi. Sampai orang sekeliling pun naik hairan dengan perangai kita.

Sebenarnya, ada sebabnya ibu hamil mudah jadi pelupa. Menurut beberapa kajian ilmiah, istilah glamornya, ‘momnesia’ atau ‘mom brain’ memang benar-benar wujud dan boleh dijelaskan mengikut sudut pandangan sains. Bahkan, sebuah penelitian dalam Journal of Clinical and Experimental Neuropsychology mendapati bahawa kehilangan memori ini boleh berterusan hingga 1 tahun selepas kelahiran bayi!

5 SEBAB WANITA MUDAH JADI PELUPA MASA MENGANDUNG. BUKAN SENGAJA TAU!

Berikut adalah beberapa sebab kenapa wanita hamil mudah sangat jadi pelupa atau cuai.

1. KURANG TIDUR

Menurut laman web kesihatan Web MD, antara sebab paling biasa yang boleh dikaitkan dengan perangai pelupa ketika mengandung adalah faktor kesihatan tubuh.

Bagi kebanyakan wanita terutamanya yang semakin sarat hamil, mereka akan mengalami masalah untuk tidur dengan nyenyak. Ada yang mengalami masalah pedih ulu hati, tak dapat posisi yang selesa, dan asyik terbangun sebab nak ‘terkucil’. Semua faktor ini mengundang kepada keletihan dan juga rasa stres.

Dalam keadaan seperti ini, adalah normal bagi otak seseorang untuk menjadi kurang efisyen, atau tidak dapat melakukan banyak tugas dalam satu masa yang sama (multitasking).

Foto Kredit: shutterstock.com

2. PENGARUH HORMON

Selain disebabkan keletihan atau kekurangan tidur, perubahan hormon juga boleh jadi salah satu puncanya.

Louann Brizendine, Pengarah di Women’s Mood and Hormone Clinic at the University of California pula menjelaskan bahawa dalam tubuh wanita hamil terdapat 14 hingga 40 kali ganda hormon progesteron dan estrogen yang boleh mempengaruhi otak mereka. Kesemua hormon ini memberi kesan kepada pelbagai jenis neuron di dalam otak.

Bahkan, semasa ibu melahirkan, hormon oksitoksin juga akan bertambah dengan begitu banyak untuk membantu rahim berkontraksi serta menghasilkan susu. Kesemua proses ini mungkin menjejaskan peranan dalam pintasan otak seseorang wanita.

mitos kehamilan

Foto Kredit: srbijadanas.com

3. RUTIN YANG SEMAKIN SIBUK

Begitu banyak proses dan perubahan yang berlaku dalam tubuh wanita yang sedang mengandung – tidak kiralah secara mental mahupun fizikal.

Rutin check-up, urusan pejabat, kerja di rumah, penjagaan anak yang sedia ada, semuanya masih berjalan seperti biasa. Itu belum masuk lagi persediaan barang bayi, kelengkapan bersalin, nak cari pengasuh, dan sebagainya. Perut pula semakin hari semakin membesar. Semua ini tentu sekali meletihkan fizikal dan mental. Apabila terlalu banyak yang berlaku dan perlu diingat, tidak hairanlah anda boleh menjadi pelupa dari semasa ke semasa.

sakit gigi ketika hamil

Foto Kredit: drsmilez.com

4. RASA RISAU ATAU TERTEKAN

Laporan oleh artikel LiveScience pula mendedahkan bahawa salah satu faktor yang boleh menyebabkan kemelesetan memori di kalangan ibu hamil adalah rasa risau dan tertekan. Ada yang risau dengan masalah kesihatan, kewangan, atau rasa belum bersedia menerima cahaya mata.

Kajian tersebut mendapati wanita hamil menjadi lebih pelupa pada trimester kedua dan ketiga, bahkan berterusan hingga 3 bulan selepas melahirkan.

Foto Kredit: ixil.info

5. MEMBANTU IBU BERSEDIA MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Walaupun menjadi pelupa bukanlah sesuatu yang kita anggap positif, tapi para psikologis menemui beberapa alasan atas tingkahlaku ini.

Menurut mereka, perubahan pada otak dalam tempoh kehamilan ini bertujuan membantu ibu-ibu bersedia untuk menghadapi kelahiran bayi. Ini kerana, data menunjukkan aktiviti pada bahagian otak yang mengawal kemahiran emosi dilihat semakin aktif.

Secara ringkasnya, perubahan ini membuatkan ibu menjadi lebih sensitif terhadap keperluan bayi secara semulajadi. Mereka seolah-olah dianugerahkan dengan ‘sixth sense’  atau gerak hati yang lebih tajam. Kesemua ini turut membantu dalam proses ‘bonding’ dengan bayi.

Foto Kredit: thetimes.co.uk

JANGAN STRES YA!

Jika masalah pelupa ini semakin menjadi-jadi, pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan cuba semak semula jadual anda. Berbagilah kerja dengan pasangan dan kurangkan beban seboleh mungkin.

Jika persediaan menyambut bayi menjadi kerisauan anda, cuba catatkan apa yang anda rasa. Senaraikan barangan yang boleh disediakan lebih awal agar rasa lebih terurus. Bercakaplah dengan pasangan. Hirup udara segar dan lakukan senaman. Semua ini dapat membantu anda lebih relaks dan tenang.

Image may contain: water



NUTRI EYES
Merupakan produk keluaran ainun beauty yang menfokuskan kepada kecergasan minda dan penglihatan.
Nutri eyes adalah gabungan daripada bahan-bahan seperti:
– Susu kambing.
– Kurma.
– Kismis.
– Koko.
– Hazelnut.
– Badam.
Waktu pengambilan nutri eyes adalah semasa sarapan. Ia bukan saya disyorkan kepada pelajar. Malahan mereka yang berkerja juga patut minum nutri eyes ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top