Apakah makanan sihat untuk ibu mengandung?

makanan untuk ibu mengandung
Pemakanan ibu hamil mesti di jaga.

 Bagaimana makanan sihat untuk ibu mengandung menjadikan wanita hamil cergas & bertenaga? Ini cara yang terbukti berkesan!

Ibu mengandung perlukan banyak khasiat.
makanan sihat untuk ibu mengandung

Makanan sunnah untuk ibu mengandung. Disebut dalam Al Quran & Hadis!

 

6 Makanan sunnah yang baik semasa hamil.

 Ini 6 Makanan sunnah untuk ibu mengandung yang di sebut dalam Al Quran & Hadis. Berkhasiat & diberkati.

makanan sunnah untuk ibu mengandung
Makanan sunnah dari sumber hadis & al quran. Sumber: Muslimvillage

1. Madu lebah untuk ibu mengandung

  • Makanan madu dihasilkan oleh lebah & disebutkan di dalam Al Quran, Surah An Nahlu ayat 69
  • Madu lebah memiliki semua khasiat yang diperlukan badan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.
  • Antioksida untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel & mencegah kanser
  • Dapatkan madu lebah asli & bukan madu sintetik yang kaya dengan gula
Makanan seterusnya ni
Ibu yakin ramai dah tahu sebab senang sangat jumpa
Apakah makanan itu?

2. Kismis untuk ibu mengandung

  • Kismis adalah buah anggur kering yang mempunyai banyak khasiat
  • Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat.
  • Kismis kaya dengan mineral boron yang membantu meningkatkan fokus, koordinasi tangan & mata.
  • Baik juga untuk meningkatkan memori.
  • Antara khasiat lain kismis untuk kesihatan ialah  mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, tambah darah merah, kesihatan jantung & baik untuk otak.
  • Pemakanan kismis telah di amalkan dari dulu lagi iaitu sejak zaman kegemilangan islam
Cakap tentang zaman kegemilangan islam.

Zaman tu memang cerdik pandai ramai kan. Memang impian kita nak anak jadi pandai.

Dan ibu bapa yang bijak akan buat apa saja untuk bantu anak anak berjaya dalam hidup.

Sebab itu,

Ibu galakkan kita baca buku dibawah ini.

Ada tips yang bagus untuk diamalkan ibu dari hamil lagi, supaya anak yang lahir lebih cerdas,
Dan bijak.
Seterusnya kita sambung dengan makanan sunnah yang paling terkenal
Apakah ia?

3. Kurma untuk ibu mengandung

  • Khasiat buah ini memang tak dapat dipertikaikan lagi
  • Buah ini mengandungi mineral, vitamin, serat & antioksida yang lengkap untuk keperluan badan.
  • Kurma boleh dimakan semasa kita kurang sihat untuk membekalkan keperluan nutrien badan
  • Kandungan Potassium / Kalium dalam kurma bagus untuk menjaga kesihatan sistem saraf.
  • Dapat meningkatkan kesihatan otak.
  • Kurma bagus sebagai makanan tambah darah, kekuatan tulang, kemesraan suami isteri, mengawal berat badan, mencegah kanser & elak stroke
  • Ibu mengandung elok makan kurma untuk membentuk otak bayi dari dalam kandungan.

4. Buah Tin untuk ibu mengandung

  • Buah ini elok dimakan dalam keadaan segar & kering. Sama seperti kismis & kurma
  • Buah tin kaya vitamin, mineral, serat & antioksida yang tinggi.
  • Buah tin bagus untuk kesihatan sistem penghadaman.
  • Buah ini kaya dengan serat & membolehkan pembuangan toksin dan sisa badan berlaku dengan cekap.
  • Usus yang bersih akan memudahkan penyerapan makanan
  • Sama seperti kurma & kismis, buah ini dipercayai bagus untuk kecerdasan otak.
  • Buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok.

5. Minyak zaitun untuk ibu mengandung

  • Minyak ini kaya dengan polyphenols sejenis antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan
  • Ia juga kaya dengan asid lemak sihat seperti Omega 3 dan Omega 6.
  • Minyak zaitun bagus untuk mengawal kolestrol dalam badan, kesihatan jantung, mengawal tekanan darah, awet muda, sistem daya tahan badan & kerosakan yang disebabkan dari radikal bebas.
  • Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.

6. Susu kambing untuk ibu mengandung

  • Dikatakan ini adalah susu terbaik selepas susu ibu
  • Dan susu ini sesuai diminum oleh mereka yang alah dengan susu lembu. Tak akan sakit perut
  • Susu kambing kaya dengan khasiat yang bagus untuk ibu hamil. Contohnya perkembangan otak & sistem saraf.
  • Minuman ini membekalkan vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting untuk ibu & bayi dalam rahim
  • Susu kambing mempunyai nutrisi 2 kali ganda lebih baik berbanding susu lembu.
  • Kelebihan bayi yang minum susu ibu & susu kambing dipercayai mempunyai daya tahan yang lebih kuat terhadap penyakit
  • Saiz zarah lemak susu kambing yang lebih kecil membuatkannya lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Makanan yang terbukti untuk ibu hamil melalui kajian sains!

Di bawah ini Ibu sertakan makanan lain yang bagus untuk ibu mengandung.
Semua yang baik itu sunnah.

Sayur sayuran untuk ibu mengandung.

sayur sayuran untuk ibu mengandung

7. Bayam

  • Sayur-sayuran hijau seperti bayam kaya dengan kandungan besi & sangat bagus untuk ibu mengandung
  • Jadikan bayam sebahagian utama diet kita jika ingin meningkatkan hemoglobin kita.
  • Pastikan kita masak sayur hijau ni betul betul. Jaga kebersihan supaya tak sakit perut

8. Brokoli

  • Sayur jenis krusifer memang banyak khasiatnya, brokoli adalah sumber besi yang kaya.
  • Sayuran ini juga  kaya nutrien penting lain seperti magnesium, vitamin A dan C.
  • Vitamin & mineral dalam sayur ini sangat baik untuk imunisasi ibu mengandung
  • Jika badan kita kurang kuat kerana kurang zat, penyakit & jangkitan kuman pun mudah menyerang. Contohnya keputihan & kencing kotor.

9. Kentang

  • Kentang kaya dengan zat besi & vitamin C.
  • 2 zat ini sangat penting & saling memerlukan untuk tambah darah merah
  • Sebab vitamin c tambah penyerapan zat besi & menjadikannya sangat baik untuk mengelak anemia

10. Ubi bit / Beetroot

  • Sayur yang kaya dengan folat.
  • Selain itu kaya zat besi & vitamin C untuk tambah darah merah

Buah buahan untuk ibu mengandung

buah untuk ibu mengandung
Buah buahan bagus untuk ibu hamil. Sumber: Hairyum

11. Tembikai merah

  • Buah yang sangat sedap & kaya dengan serat yang membantu detoks badan.
  • Sesuai dimakan semasa cuaca panas dapat bantu sejukkan badan
  • Kaya dengan zat besi & vitamin C yang baik.
  • Ini membantu penyerapan besi yang lebih baik meningkatkan hemoglobin dalam darah
  • Antioksida yang menghapuskan radikal bebas dalam badan punca masalah kesihatan seperti kanser

12. Epal

  • Buah epal bukan sahaja baik untuk kesihatan kita & kaya dengan sumber besi.
  • Rasanya yang sedap & manfaat yang diberikannya dapat naikkan hb rendah.
  • Ibu mengandung boleh makan epal pada bila bila masa untuk kurangkan alahan mengandung yang di deritai semasa 3 bulan pertama

13. Delima / Ar rumman

  • Salah satu buah yang disebut didalam al quran
  • Delima kaya zat besi, kalsium, protein, serat dan beberapa vitamin dan mineral lain.
  • Bagus untuk ibu hamil yang ada hb rendah & kencing manis

14. Strawberi

  • Buah merah ini mengandungi zat besi dan vitamin C.
  • Kaya juga dengan serat untuk detoks & lawas
  • Buah beri kaya dengan antioksidan & mencegah kanser
  • Bagus untuk mencegah kencing manis semasa hamil

Daging untuk ibu mengandung.

daging untuk ibu mengandung

15. Daging ayam untuk ibu mengandung

  • Daging ayam memang berkhasiat.
  • Terutama bahagian dada kerana kurang lemak
  • Pantang & kurangkan pengambilan bahagian yang banyak lemak ayam
  • Daging ayam kaya protein & zat besi yang diperlukan ibu hamil

16. Daging lembu / daging merah

  • Daging lembu adalah sumber besi yang sangat baik.
  • Daging merah lebih kaya dengan protein, vitamin & mineral seperti zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil berbanding daging putih
  • Ambil bahagian daging yang kurang lemak.
  • Daging merah (lembu / kerbau) mempunyai lemak  lebih tinggi berbanding daging putih (ayam)

17. Hati untuk ibu hamil

  • Hati ni tempat pengedaran makanan yang telah di hadam sebelum dihantar ke seluruh badan
  • Hati juga tempat racun & logam berat di kumpulkan
  • Hati kaya zat besi

Makanan laut untuk ibu mengandung.

makanan laut untuk ibu mengandung

18. Udang untuk ibu hamil

  • Udang kaya dengan zat besi & protein
  • Kurang sesuai di makan sekiranya ada masalah resdung
  • Makan secara berpada pada

19. Ikan kembung

  • Ikan adalah sumber protein yang bagus
  • Tinggi kandungan asid lemak Omega 3 & zat besi

20. Kerang

  • Kerang tinggi kandungan zat besi
  • kerang juga kaya dengan vitamin C & B12.
  • Makan secara sederhana kerana kerang agak gatal

Bijirin & Kekacang untuk ibu mengandung.

Bijiran penuh baik untuk ibu mengandung

21. Kacang soya

  • Kaya dengan zat besi
  • Kacang soya juga mengandungi folat dan vitamin C

22. Beras perang

  • Beras perang lebih tinggi kandungan zat besi berbanding beras putih
  • Beras perang juga lebih lambat di hadam

23. Bijirin penuh

  • Bijirin penuh yang bagus untuk ibu hamil mengalami kekurangan zat besi.
  • Kaya serat & buat kita kenyang lebih lama.

Image may contain: text

NUTRI EYE adalah minuman yang kaya dengan bahan-bahan seperti :

1. Susu kambing.
2. Kurma.
3. Kismis
4. Badam
5. Hazelnut.

Gabungan kelima-lima bahan ini memberi 2 khasiat yang penting. Dicipta khas untuk memberikan kebaikan kepada penglihatan dan juga cergaskan minda.

Minuman ini sesuai untuk pelajar dan pekerja yang memerlukan daya fokus yang tinggi dan penglihatan yang terang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top