Rasa tadi letak barang atas meja, kenapa dah takde ni?
Aduh lupa pulak nak angkat baju, hari dah hujan.
Eh apa ye yang suami suruh buat tadi, dah tak ingat pula!

Pernahkah Mama Menjadi Sangat Pelupa?

Walaupun masalah pelupa ini bukanlah satu penyakit yang serius, ianya boleh membahayakan dan menyusahkan kita. Bayangkanlah kalau mama menjerang air di dapur, kemudian terlupa nak padamkan hingga berjam-jam. Boleh terbakar dibuatnya kan?

Kita juga mungkin digelar nyanyuk oleh orang lain. Maklumlah tiba-tiba je kita jadi terlupa di mana kita letakkan barang.  Letak barang di atas meja, kita cari di dapur.  Kunci kereta tertinggal, dompet tercicir dan sebagainya juga boleh berlaku apabila kita menjadi pelupa. Bukan sekali berlaku tetapi berkali kali hingga fikiran pun boleh jadi serabut dibuatnya.

Mengapa Mama Jadi Pelupa (Momnesia)?

Momnesia merupakan  keadaan di mana seseorang ibu atau bakal ibu itu menjadi pelupa atau cepat lupa. Ianya berlaku akibat daripada ketidakseimbangan hormon atau perubahan hormon yang dialami semasa hamil dan bersalin.

Pertambahan atau perubahan hormon ini, sebagai contoh kehadiran hormon oxytocinboleh mempengaruhi saraf dan neuron ibu. Saraf yang sepatutnya bertanggungjawab kepada bahagian fokus dan tumpuan  bertindak untuk lebih melindungi bayi hingga mengabaikan perkara perkara yang lain. Perkara ini biasanya sering terjadi pada 6 bulan pertama selepas kelahiran.


Bagaimana nak kurangkan/hilangkan momnesia ni?

1. Dapatkan rehat dan tidur yang lebih banyak.
Menjadi ibu,buatkan mama sering tidak cukup rehat dan tidur. Apabila badan tidak cukup rehat dan penat, mama akan mudah gelisah dan keadaan momnesia boleh menjadi lebih teruk. Antara tips yang boleh dipraktiskan ialah ambil peluang untuk berehat apabila bayi sedang tidur. Rehat yang mencukupi penting untuk kita lebih fokus dalam melakukan aktiviti harian.

2. Mama perlu fahami keadaan diri sendiri yang mengalami momnesia.
Antaranya mama boleh menyediakan to do list perkara perkara yang ingin dilakukan pada setiap hari. Boleh buat perancangan harian, mingguan dan juga bulanan. Semak to do list pada setiap hari dan tandakan perkara perkara yang telah seselsai dilakukan. Fokus pada hanya satu perkara pada satu masa. Sebagai contoh jangan menjerang air sambil membasuh pakaian. Membuat pelbagai kerja dalam satu masa boleh menjadikan badan dan otak kita letih. Akibatnya kita akan mudah lupa dan tidak dapat fokus.

momnesia-pada-ibu-baru-bersalin

3. Dapatkan sokongan Suami,  ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan.
Berbincang dengan pasangan mengenai perkara ini. Sokongan suami (papa)  amat penting supaya dapat memahami masalah yang dialami oleh mama dan seterusnya membantu mama mengingati perkara-perkara yang mama sering terlupa. Sokongan rakan – rakan terutama di tempat kerja juga dapat membantu mama agar dapat menyeimbangkan antara tugasan di pejabat dan juga sebagai ibu.

4. Jaga pemakanan.
Makan makanan yang seimbang dan bagus untuk minda. Bila dah selalu lupa ni, mama perlukan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan Omega-3, Omega-6, antioksidan, asid folic dan zat besi. Makanan jenis ni membantu kecerdasan otak dan mengurangkan masalah pelupa. Selain itu, mama perlu minum air yang mencukupi pada setiap hari. Kekurangan air  boleh menyebabkan memori menurun dan menyebabkan kekeliruan.

makanan-kaya-omega-3

5. Rajin bersenam dan beriadhah.
Bersenam mampu membantu peredaran darah yang lebih baik dan membantu oksigen sampai ke otak dengan lebih baik. Fungsi otak akan menjadi lebih baik, meningkatkan kemampuan mengingat dan memahami sesuatu perkara.

Melakukan perkara perkara di atas akan sangat-sangat  dapat mengurangkan momnesia mama, meningkatkan kualiti hidup dan seterusnya membuat mama lebih berbangga dengan diri sendiri.

NUTRI EYE adalah minuman yang kaya dengan bahan-bahan seperti :

1. Susu kambing.
2. Kurma.
3. Kismis
4. Badam
5. Hazelnut.

Gabungan kelima-lima bahan ini memberi 2 khasiat yang penting. Dicipta khas untuk memberikan kebaikan kepada penglihatan dan juga cergaskan minda.

Minuman ini sesuai untuk pelajar dan pekerja yang memerlukan daya fokus yang tinggi dan penglihatan yang terang.

Image may contain: text

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top