Apakah itu rabun silau? Rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak. Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza. Rabun silau selalunya datang bersama – sama rabun jauh dan rabun dekat.

ANATOMI MATA

 

Punca

Punca sebenar rabun silau masih tidak diketahui. Mata normal adalah berbentuk sferikal di mana kelengkungan kornea adalah sama pada semua kedudukan.Apabila cahaya memasuki mata, ia akan terfokus sebagai satu titik diatas retina dan objek akan kelihatan jelas. Manakala bentuk mata bagi penghidap rabun silau adalah bujur seperti bola ragbi atau belakang sudu . Keadaan ini menyebabkan cahaya yang memasuki mata akan terfokus pada banyak tempat atau dengan kata lain mata tidak berupaya untuk memfokus sebagai titik diatas retina.  Ini akan mengakibatkan hanya sebahagian objek sahaja akan kelihatan jelas. Oleh itu objek kelihatan kabur dan terherot pada sebarang jarak.

 

 

Gejala/Tanda

Gejala/tanda penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. Penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang gejala/tanda. Gejala/tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:

  • Mata kabur pada sebarang jarak
  • Pandangan terherot
    • Mata letih
    • Juling – keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
    • Sakit kepala
    • Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
    • Mata sering berkelip atau sering menutup mata
  • Komplikasi

    Rabun silau yang tidak dibetulkan akan menyebabkan penghidap mengalami gejala – gejala seperti di atas dan seterusnya akan menjurus pada masalah-masalah lain seperti kurang tumpuan dan penurunan prestasi kerja/sekolah. Pada kanak – kanak, rabun silau yang tidak dirawat awal boleh mengakibatkan ambliopia atau mata malas.

    Rawatan

    Jenis rawatan adalah seperti berikut:

    • Cermin mata

    Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang selamat, senang dan menjadi pilihan ramai.

    • Kanta lekap

    Kanta lekap memberikan penglihatan yang jelas, medan penglihatan yang besar dan lebih keselesaan. Memakai kanta lekap adalah selamat dan efektif jika di selenggara dengan betul. Walaubagaimanapun tidak semua orang sesuai memakai kanta sentuh. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Sila minta khidmat nasihat dari pengamal perubatan bertauliah.

    • Pembedahan

    Surgeri adalah pengubahan bentuk kornea secara kekal melalui pembedahan refraksi atau laser. Pembedahan ini menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Jika merancang untuk melakukan pembedahan, pastikan anda telah mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan bertauliah dan perlu diketahui tidak semua orang sesuai untuk melakukan prosedur ini.

     

  • Ainun Beauty

APA ITU EYE BEAUTY PREMIUM•••••
EYE BEAUTY PREMIUM adalah produk titis pd mata utk membantu mereka yg mghadapi masalah mata sama ada biasa atau kronik.
.
UNTUK MASALAH APA NI?
•••••
Khas utk mata
✅ rabun jauh/rabun dekat
✅ silau malam/ silau cahaya
✅ rabun disbbkn kencing manis
✅ masalah glukoma
✅ katarak
✅ selaput mata / ptygium
✅ mata berair / mata kering
✅ mata merah dan kekuningan
✅ masalah saraf mata
✅ mata keletihan / tekanan pd mata
✅ sakit mata, bengkak, ketimbir, resdung mata
✅ setiap hari menghadap komputer atau hp
✅ double vision
✅ dan lain-lain masalah mata
APAKAH BAHAN-BAHANNYA?
•••••
Bahan-bahannya adalah 100% semulajadi iaitu gabungan formulasi air molekul halus teknologi nano alkaline treatment serta ekstrak dr bahan2 semulajadi. Bahan yg digunakan adalah dr sumber yg suci, bersih, halal tiada bahan beracun jika tertelan dan ia tidak mabuk

 

Image may contain: text

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top