Mata sering menjadi tumpuan solekan untuk menyerlahkan penampilan seseorang. Malah ramai juga yang menggunakan kanta lekap untuk menambah kecantikan, tetapi apabila membabitkan soal penjagaan kesihatan, organ penting ini sering diabaikan kecuali jika pandangan mulai terganggu.

Seperti organ lain, penjagaan kesihatan mata juga perlu diberi keutamaan dengan menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa khususnya bagi individu yang menghidap penyakit mata atau masalah kesihatan lain yang boleh menjejaskan fungsinya.

Antara penyakit berkaitan mata yang sering dialami adalah katarak, retinopati diabetes dan glaukoma. Bagaimanapun, rata-rata masyarakat Malaysia tidak mengetahui fakta bahawa salah satu penyebab utama kebutaan kekal yang menjejaskan penglihatan manusia adalah glaukoma.

Ia bukan saja tidak mengenal usia malah turut dikategorikan sebagai antara penyakit yang boleh membunuh secara senyap.

Pakar Optomologi, Okuloplastik dan Bedah Orbital Pusat Pakar KPJ Tawakkal, Dr Hamidah Budin berkata, glaukoma adalah penyakit mata yang mencuri pandangan secara senyap dan perlahan-lahan, yang kebiasaannya tidak menunjukkan gejala khusus.

Katanya, glaukoma boleh menyebabkan kerosakan pada saraf optik iaitu laluan yang membawa imej ke otak. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini akan merosakkan saraf optik seterusnya menyebabkan kehilangan penglihatan.

“Glaukoma terjadi disebabkan bendalir di dalam mata tidak dapat dialirkan keluar daripada mata secara normal dan mengakibatkan ia berkumpul lalu menghasilkan tekanan tinggi yang menekan dan merosakkan saraf optik.

“Keadaan ini disebabkan kerosakan pada fungsi sistem pengaliran bendalir di dalam bola mata atau kecacatan pada sistem pengaliran bendalir di dalam mata hingga berlakunya glaukoma.

“Pada peringkat awal penyakit glaukoma, pandangan pesakit masih normal, hanya luas medan pandangan semakin sempit sehingga pada peringkat akhir pandangan akan menjadi seperti di dalam terowong.

“Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan. Namun begitu, sekiranya keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh diselamatkan,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Penglihatan Sedunia di Pusat Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.

Sambutan itu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai glaukoma yang menjadi antara penyebab utama kebutaan kekal menerusi pelbagai aktiviti termasuk pemeriksaan pengesanan awal glaukoma secara percuma kepada pengunjung.

Dr Hamidah berkata, ramai penghidap glaukoma tidak menyedari mereka menghidapnya pada peringkat awal, justeru, pentingnya pemeriksaan awal oleh pakar mata untuk mengesan penyakit itu bagi membolehkan rawatan sewajarnya diberi sebelum kehilangan penglihatan.

Menurutnya, antara yang berisiko mendapat glaukoma antaranya golongan berumur dari 40 tahun ke atas selain mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit itu.

Individu yang mempunyai penyakit mata yang memberi kesan kepada peningkatan tekanan mata turut berisiko mendapat glaukoma selain mereka yang menghidap darah tinggi, diabetes atau rabun jauh.

“Glaukoma terbahagi kepada empat jenis iaitu sudut sempit, sudut terbuka, kongenital dan sekunder. Glaukoma sudut sempit biasanya mempunyai tanda seperti sakit pada bola mata yang teruk dan secara tiba-tiba, pening, loya dan muntah selain pandangan mata yang kabur dan berkabus.

“Glaukoma sudut terbuka terjadi apabila saliran air keluar daripada mata tersumbat, menyebabkan tekanan mata naik secara perlahan dan pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan dengan perlahan.

“Tanda-tanda awal bagi glaukoma kongenital pula termasuk silau pada cahaya, pembesaran pada bola mata selain mata yang sentiasa berair. Manakala glaukoma sekunder terjadi apabila tekanan tinggi dalam mata kerana masalah mata yang lain,” katanya.

Katanya, sekiranya sudah hilang penglihatan, ia tidak dapat dikembalikan dan sebab itu rawatan awal amat penting untuk mencegah daripada kerosakan mata yang kekal.

Biasanya jika seseorang tidak mendapatkan pemeriksaan rutin, mereka hanya mendapat tahu mengalami masalah glaukoma apabila sudah terjadi kehilangan penglihatan.

Tambahnya, penglihatan tidak boleh dikembalikan dengan rawatan ubat, sebaliknya ubat yang digunakan hanya untuk mengawal tekanan mata boleh menolong mengekalkan penglihatan yang masih ada.

Antara rawatan yang ada termasuk ubat titis mata, rawatan laser seperti trabeculoplasty dan iridotomy dan pembedahan. Bagaimanapun, prosedur rawatan yang akan diberikan bergantung kepada keperluan individu.

“Rawatan untuk glaukoma adalah efektif. Kebanyakan orang boleh mengekalkan penglihatan mereka sekiranya rawatan diberi pada tahap awal dan pesakit patuhi regimen yang disyorkan,” katanya.

Selain glaukoma, retinopati diabetes adalah penyakit mata yang turut perlu diberi perhatian khususnya bagi penghidap penyakit kencing manis.

Menurutnya, retinopati diabetes berpunca daripada kerosakan pada saraf mata atau retina disebabkan penyakit diabetes (kencing manis). Ia boleh berlaku pada pesakit diabetes jenis 1 atau 2.

“Penyakit ini juga boleh berlaku disebabkan paras gula tidak terkawal, masalah diabetes yang kronik serta pada wanita yang menghidap kencing manis semasa hamil.

“Antara simptom awal penyakit ini adalah pandangan menjadi kabur malah sesetengahnya mengalami kesukaran untuk membaca. Selain itu, pesakit mungkin kehilangan pandangan pada satu mata secara tiba-tiba selain mengalami bintik hitam atau kilat pada penglihatan.

“Meskipun ada rawatan seperti laser dan pembedahan retina untuk penyakit ini, pengawalan paras gula amat penting. Pada masa sama pesakit juga perlu mendapatkan rawatan untuk masalah kesihatan mereka seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi,” katanya.

“Amat penting bagi pesakit kencing manis sentiasa mengekalkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Bagi yang merokok, berusahalah untuk berhenti kerana asap rokok akan memburukkan kesihatan mereka,” katanya.

APA ITU EYE BEAUTY PREMIUM•••••
EYE BEAUTY PREMIUM adalah produk titis pd mata utk membantu mereka yg mghadapi masalah mata sama ada biasa atau kronik.
.
UNTUK MASALAH APA NI?
•••••
Khas utk mata
✅ rabun jauh/rabun dekat
✅ silau malam/ silau cahaya
✅ rabun disbbkn kencing manis
✅ masalah glukoma
✅ katarak
✅ selaput mata / ptygium
✅ mata berair / mata kering
✅ mata merah dan kekuningan
✅ masalah saraf mata
✅ mata keletihan / tekanan pd mata
✅ sakit mata, bengkak, ketimbir, resdung mata
✅ setiap hari menghadap komputer atau hp
✅ double vision
✅ dan lain-lain masalah mata
APAKAH BAHAN-BAHANNYA?
•••••
Bahan-bahannya adalah 100% semulajadi iaitu gabungan formulasi air molekul halus teknologi nano alkaline treatment serta ekstrak dr bahan2 semulajadi. Bahan yg digunakan adalah dr sumber yg suci, bersih, halal tiada bahan beracun jika tertelan dan ia tidak mabuk

No automatic alt text available.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top