Kita seringkali mendengar bahawa …
- Senaman membantu mengurangkan berat badan
- Senaman membantu menguatkan jantung
- Senaman mampu menjadikan kita hidup lebih lama
Tetapi ada satu lagi kebaikan senaman yang jarang disebut,iaitu senaman juga membantu kesihatan MENTAL kita juga.
Jadi bilamana anda memerlukan lebih motivasi, kami rangkumkan beberapa cara senaman yang menjadikan minda kita berfungsi sebaik badan kita.
1) Ia membuatkan kita gembira.

Senaman menggalakan pengeluaran enzim-enzim kecil di otak yang dikenali sebagai endorfin. Endorfin mencetuskan perasaan ghairah dan keseronokan. Mereka adalah perkara-perkara yang memberitahu otak kita yang kita mempunyai perasaan yang baik dan kita sudah bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran pada hari ini dengan secara positif.
2) Ia melegakan tekanan.
Sebahagian daripada kita berpendapat ,pergi ke gym hanya menambahkan tekanan . Tetapi jika kita boleh melalui dan melakukannya (dan saya percaya anda boleh!), menjadikan ianya satu perkara yang biasa dengan manfaat yang sungguh besar.K ajian di luar sana yang menunjukkan bahawa walaupun tujuh daripada 10 rakyat Amerika melaporkan rasa tekanan pada setiap hari, orang-orang yang melakukan senaman lebih mampu untuk menguruskan tekanan dengan lebih bijak.
3) Ia meningkatkan kekuatan otak.

Penurunan Kognitif. Itu adalad dua perkataan yang menakutkan yang boleh berlaku kepada kita apabila kita semakin tua. Otak kita akan mula kehilangan keupayaan untuk berfikir dengan cepat, memproses maklumat dan keupayaan untuk mengingati sesuatu perkara.
Sehubungan dengan itu, senaman telah membuktikan bahawa ‘penurunan kognitif’ dapat dielakkan dengan meningkatkan saiz’ hippocampus’ , dimana ianya merupakan sebahagian daripada otak kita yang bertanggungjawab untuk ingatan jangka panjang dan fungsi kognitif.
4) Ia juga membuatkan fikiran kita lebih tajam.

Mengelakkan ‘penurunan kognitif’ kedengaran sudah cukup baik, tetapi ia juga akan menjadi benar-benar baik jika kita sebenarnya boleh meningati semua perkara yang berlaku semasa aktiviti pada minggu lalu. Sekali lagi, senaman mula memainkan peranannya.. Para penyelidik telah mendapati bahawa senaman meningkatkan aliran darah untuk korteks serebrum ( bahagian otak kita yang mengendalikan pemikiran, ingatan jangka pendek dan persepsi). Dan lebih banyak darah yang mengalir pada bahagian tersebut, kita akan lebih berkeupayaan dalam mengekalkan sebarang maklumat/informasi.
5) Ia satu perkara sebab dan kesan.

Apabila kita bersenam, kita kelihatan lebih baik (sebab), dan secara zahirnya kita berasa lebih baik (kesan). Dalam erti kata lain, mengurangkan berat badan dan menikmati manfaat senaman mampu meningkatkan keyakinan diri kita, kita, harga diri dan jati diri.
6) Ia boleh mencegah ketagihan (untuk makanan, alkohol, dan lain-lain)

Ketagihan datang dalam pelbagai bentuk. Bagi sesetengah orang, ia adalah satu bahan kimia atau bendasing yang mengubah fikiran.. Bagi sesetengah yang lain, ia adalah satu perasaan. Dan bagi sesetengah orang, ia adalah makanan. Apa sahaja yang ketagihan yang sedang ditentangi, bersenam secara tetap sebenarnya mampu melawan semua ketagihan. Bagaimana? Dalam beberapa cara yang berbeza. Ia mengeset semula jam badan dan menyeimbangkan ‘circadian rhythm’, perkara-perkara yang menentukan pada masa bila badan kita mempunyai tenaga yang maksimum dan apabila badan kita bersedia untuk berehat. Senaman juga mampu membantu penagih yang terasa GIAN dan membuatkan rasa gian tersebut akan lenyap atau mereset semula sistem mereka. Para penyelidik juga telah menunjukkan bahawa senaman juga boleh membantu penagih terus kekal dalam pemulihan.
7) Ia membantu kita melihat lebih banyak di dunia.

Senaman merangsang kreativiti, terutamanya bagi mereka yang mula bosan berada di gimnasium sepanjang masa. Sebaliknya, kita akan mula berfikir tentang cara-cara lain yang kita boleh untuk mendapatkan kecergasan , seperti pergi mendaki, bermain bola sepak atau menunggang basikal . Dan kita dapat melihat lebih banyak keindahan di dunia yang ditawarkan dan mencipta kenangan yang berkekalan.
8) Kita boleh mendapat manfaat dengan senaman secara sederhana

Apakah perkara terbaik mengenai kecergasan untuk kesihatan mental anda? Anda tidak perlu menjadi seorang Atlet triatlon untuk meraih ganjaran. Bersenam 4-5 kali seminggu selama 30 minit setiap hari boleh memberi kita segala jenis kegembiraan sebagaimana yang disenaraikan di atas.
PERLUKAN MINUMAN TAMBAHAN UNTUK MINDA ANDA ?

NUTRI EYE adalah minuman yang kaya dengan bahan-bahan seperti :
1. Susu kambing.
2. Kurma.
3. Kismis
4. Badam
5. Hazelnut.
Gabungan kelima-lima bahan ini memberi 2 khasiat yang penting. Dicipta khas untuk memberikan kebaikan kepada penglihatan dan juga cergaskan minda.
Minuman ini sesuai untuk pelajar dan pekerja yang memerlukan daya fokus yang tinggi dan penglihatan yang terang.