Mata yang sihat dan segar mempengaruhi keserian wajah seseorang. Walaupun lingkaran gelap keliling mata boleh dilindungi dengan mekap, tetapi ia tetap tidak mampu menyembunyikan riak mata yang letih.

Sebenarnya ada banyak cara boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran mata. Disenaraikan beberapa kaedah mudah yang boleh dilakukan setiap hari untuk menjaga organ penting ini.

1. Cukup tidur dan rehat

Apabila tidak cukup rehat, mata akan kelihatan kemerah-merahan. Salur darah yang membawa lebih banyak oksigen ke kornea mata atau tisu yang meliputi mata akan menjadi merah. Oleh itu pastikan anda mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari bagi mengelak tompok hitam bawah mata.

2. Jangan merokok

Merokok boleh menyebabkan pelbagai masalah pada mata seperti buta, katarak, rabun, kemerahan, glaukoma dan komplikasi lain. Caranya kurangkan merokok atau terus berhenti dan anda lihat hasilnya.

Image result for jangan merokok

3. Guna mentimun

Ini salah satu petua kecantikan yang paling digemari wanita. Meletakkan timun pada kedua-dua kelopak mata membuatkan mata anda sejuk seterusnya mampu merehatkan urat saraf mata. Selain kaya antioksida, timun mengandungi asid askorbik yang mampu mengurangkan retensi air pada mata yang menjadi punca kebengkakan dan cengkung di kawasan sekitarnya. Melalui cara ini, mata anda akan nampak lebih sihat dan segar.

Image result for mentimun

4. Melihat pemandangan hijau

Walaupun fakta sains mengatakan mata mempunyai sensitiviti tinggi terhadap warna hijau, tetapi kebanyakan orang yang berbuat demikian berpendapat, mata mereka terasa lebih relaks. Pandang tumbuh-tumbuhan hijau selalu untuk kesegaran mata.

Image result for melihat pemandangan hijau

5. Vitamin untuk mata

Amalkan pemakanan sihat untuk mata seperti asid lemak omega-3, lutein, vitamin C dan E. Contoh makanan kaya nutrisi seperti bayam, salmon dan tuna. Telur, kekacang, oren, aprikot dan pelbagai buah-buahan sitrus.

6. Letak uncang teh pada mata

Jika anda penggemar teh jangan buang uncang yang sudah digunakan. Simpan dalam peti sejuk kemudian letak pada kedua-dua belah kelopak mata. Teh mengandungi kafein dan tannin yang membantu mengecutkan salur darah dan menggalakkan air bertakung disingkirkan dari kawasan sekitar mata.

Image result for letak uncang teh di mata

7. Gunakan belakang sudu

Wanita Korea Selatan menggunakan sudu yang diletakkan sebentar dalam peti sejuk untuk menghilangkan keletihan dan menyegarkan mata. Caranya mudah, hanya letakkan sudu dalam peti sejuk selama beberapa minit. Tekapkan belakang sudu pada mata untuk merasai kesejukan yang menyegarkan.

Image result for gunakan belakang sudu untuk mata

8. Pakai kaca mata pelindung UV

Kaca mata dengan penapis ultra ungu membantu melindungi mata daripada sinaran berbahaya. Pendedahan kepada UV yang terlalu lama boleh meningkatkan risiko mengalami masalah katarak dan degenerasi makular.

Image result for Pakai kaca mata pelindung UV

Pilih kaca mata yang menawarkan penapisan sehingga 99 peratus daripada UVA dan UVB. Kaca mata ini juga membantu mengurangkan silau ketika anda memandu.

9. Rehatkan mata ketika bekerja

Apabila bekerja, kita sering terlupa untuk merehatkan mata daripada skrin komputer. Dalam tidak sedar, kita memberi tekanan tambahan kepada mata dengan mengalihkan pandangan daripada skrin komputer ke telefon pintar pula!

Merenung skrin terlalu lama boleh menyebabkan mata letih, pandangan kabur, sukar memfokus pandangan apabila melihat objek jauh, mata kering, sakit kepala, sakit leher, belakang dan bahu.

Untuk melindungi mata, beri organ penting ini berehat. Caranya dalam setiap 20 minit, berhenti seketika dan alihkan pandangan daripada skrin komputer.

Lihat objek jauh selama 20 saat. Bangun dari tempat duduk sekurang-kurangnya setiap dua jam. Untuk mengelakkan mata menjadi kering, ada cara yang sangat mudah iaitu hanya dengan kelipkan mata anda.

10. Cuci mata

Jika ada sesuatu masuk ke dalam mata dan menyebabkan anda kurang selesa, cara terbaik ialah dengan ‘mencuci’ mata secepat mungkin supaya tidak menjejaskan pandangan atau merosakkan organ penting ini.

Caranya dengan membilas mata dengan air paip (suhu bilik) selama 15 minit. Jika memakai kanta lekap, tanggalkannya terlebih dulu dan cuci mata segera. Jika mata tetap rasa tidak selesa, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.

APA ITU EYE BEAUTY PREMIUM•••••
EYE BEAUTY PREMIUM adalah produk titis pd mata utk membantu mereka yg mghadapi masalah mata sama ada biasa atau kronik.
.
UNTUK MASALAH APA NI?
•••••
Khas utk mata
✅ rabun jauh/rabun dekat
✅ silau malam/ silau cahaya
✅ rabun disbbkn kencing manis
✅ masalah glukoma
✅ katarak
✅ selaput mata / ptygium
✅ mata berair / mata kering
✅ mata merah dan kekuningan
✅ masalah saraf mata
✅ mata keletihan / tekanan pd mata
✅ sakit mata, bengkak, ketimbir, resdung mata
✅ setiap hari menghadap komputer atau hp
✅ double vision
✅ dan lain-lain masalah mata
APAKAH BAHAN-BAHANNYA?
•••••
Bahan-bahannya adalah 100% semulajadi iaitu gabungan formulasi air molekul halus teknologi nano alkaline treatment serta ekstrak dr bahan2 semulajadi. Bahan yg digunakan adalah dr sumber yg suci, bersih, halal tiada bahan beracun jika tertelan dan ia tidak mabuk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Manager

Amalina

Online

Amalina

Hi! Apa boleh Saya Bantu? 00.00
Scroll to Top